BLUE SKY

BLUE SKY
i will fly ~

Tuesday, 7 January 2014

Perempuan hati perisai




Wahai si perempuan ,
hatimu yang lembut itu 
kau selindungi ia 
dengan perisai besi keras dan berduri,

Tiada yang berani dekat,
Tiada yang berani hampiri.

Wahai si perempuan,
perisai besi itu kau jaga rapi,
makin keras dan makin berduri,
tajam setiap hari.

Bila engkau terluka,
Kau gandakan tebal besinya,
kau tambahkan banyak durinya.

Ahh... perempuan hati perisai,
datang satu ketika,
bayu menyapa~ lembut sahaja sentuhannya,
kau buka perisaimu itu,
agar dapat dia mengintip sedikit ,
rahsia hati mu...

Namun, kesudahannya...
.........
hanya engkau yang tahu~

No comments:

Post a Comment