BLUE SKY

BLUE SKY
i will fly ~

Saturday 22 February 2014

kita yang mencari !!

Pencarian Penemuan

Kalau kita mahu berpindah agama
dan kita mencari hujah-hujah
yang menidak agama lahir kita,
kita akan jumpa.

Kalau kita agungkan bangsa kita
dan kita mencari bengkok bangsa lain
agar tegak bangsa sendiri,
kita akan jumpa.

Kalau kita tidak gemar ruang kita bekerja,
belajar atau menetap,
dan kita mencari sumbing sekitarnya,
kita akan jumpa.

Kalau kita berubah hati
dan kita mencari punca-punca
yang membuat kita berpaling ke baru,
kita akan jumpa.

Kalau kita yakin kita betul
dan kita mencari sifat-sifat jelik
pada dia yang kita percaya salah,
kita akan jumpa.

Kalau kita membaca nukilan orang lain
dan kita mencari diri kita (atau sesiapa sahaja)
Kita akan jumpa.

Kalau kita sunyi tatkala cuba lelap
dan kita mencari sebab-musabab untuk bersedih
lalu menangis,
Kita akan jumpa.

Kita akan jumpa semuanya kerana kita

                                                                                                                   mencari...~



Wani Ardy - langit vanilla

No comments:

Post a Comment