Kenapa aku suka dia??
Aku suka dia,
Kata-katanya ringkas,
tidak perlu wang ringgit berjuta,
untuk beli rasa bahagia ,..
Aku suka dia,
Kata-katanya ringkas,
tidak perlu berjela,
menyulam kata , berbunga-bunga,
tapi...kosong...
.
Aku suka dia,
Kata-katanya ringkas,
padat bermakna,
Dalam.. yg dalamnya lebih dalam dari
lautan tidak mampu d terokai
sang manusia.
Aku suka dia,
Kata-katanya ringkas,
halus dan lembut..
selembut angin pagi menyentuh pipi,
Aku suka dia,
Kata-katanya ringkas,
mampu menembusi,
menyerap, meresap
menyentuh hati,
yang tempatnya dalam
di dalam dada
tersimpan rapi.
Tapi , dia ...
C dia bukanlah sang peria
tp kata2 puisi seorang puitis
yang tahu mentafsir
hati dan perasaan .
kerana..
Aku suka dia .
No comments:
Post a Comment